Peminat-Peminat Saya HaHaHaHaHa

Abah

Salam... untuk permulaan 2011 ni kurang baik untuk aku kerana Ayah aku terlantar kat Hospital. Dia mengalami pendarahan otak akibat terjatuh di bilik dia. Kakak aku call aku dan beritahu ayah aku masuk hospital. Aku ingatkan hanya sakit biasa saja. Pada time jugak aku busy dengan menguruskan pendaftaran subjek dan juga program kelab aku, tapi tinggalkan buat sementara waktu untuk tumpu perhatian aku kepada Ayah aku. Pada 3/1/11 aku bergegas pulang ke Kuantan dan terima kasih kat kawan aku Imran sebab tolong hantar aku ke Terminal bas. Pada jam 7.30mlm aku smpai di Kuantan dan terus bergegas ke Hospital. Sampai sahaja di Hospital alangkah terkejutnya aku tengok keadaan ayah aku. Aku tak sangka sakit dia sampai macam tuh sekali. Sebak aku tengok ayah aku terlantar di atas katil menahan kesakitan. Aku tak tahu nak buat apa hanya menberi kata-kata semangat kat beliau. Aku berbisik di telinga dia dan menberitahu dia yang aku ada disisi dia. Dia tak dapat melihat aku tapi hanya mendapat mendengar. Dia menghulur tangan dia kepada aku dan aku menhulur tangan aku dan dia memegang erat tanganku. Dia mengoncang tangan aku seperti dia nak menberitahu aku sesuatu kat aku tapi aku tak tahu apa yang dia mahu. Aku terus memegang erat tangan sambil mengosok tangan dia yang kesejukkan. Aku termenung melihat keadaan Ayah aku. Tidak lama kemudian nurse minta aku beredar kerana waktu melawat sudah tamat. Aku keluar dari bilik wad dan menunggu di luar. Tak lama kemudian Mak tiri aku sampai dan aku terus pergi kat dia dan salam dab peluk dia. Aku rasa sangat-sangat sebak hingga hampir mengalir air mata. Aku tak tahu nak kata apa-apa hanya doa saja aku panjatkan kepada Allah.

"Ya Allah Ya Tuhan ku... ko selamatkan lah Ayahku ni... ko kurangkan bebanan kesakitan dia..... Ko sembuhkan penyakitnya Ya Allah.....Amin"

0 Comments:

Post a Comment