Peminat-Peminat Saya HaHaHaHaHa






BINTANG PAHLAWAN


Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemimpin dan ahli-ahli pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya.


BINTANG SEMANGAT PADI (BSP) KELAS PERTAMA – EMAS

Bintang Semangat Padi (BSP) Kelas Pertama - Emas adalah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia, yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja. Anugerah yang amat terhad ini menjadikannya sesuatu yang paling eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin negeri dan negara.


Antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima BSP kelas pertama ini adalah dari kalangan ketua-ketua negara, negeri yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara. Kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara, kesemua tokoh pemimpin ini merupakan penaung kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Penaung Agong kepada pergerakan Pengakap di negara ini.


Selain dari tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, bintang tertinggi Pengakap ini boleh juga dianugerahkan kepada Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong, dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau Pengakap dari kalangan rakyat biasa, seperti YAB Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak berjasa kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar Negara boleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormat.


Istilah semangat padi melambangkan cirri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa Melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan asimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ianya telah menjadi hak asli dan jati negara ini. Dari suatu aspek yang lain pula, kegiatan kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan yang mencerna remaja Pengakap supaya menepati falsafah hidup resmi padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat kepengakapan tempatan.
Bintang semangat padi kelas pertama ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara.



BINTANG SEMANGAT PADI (BSP) KELAS KEDUA - PERAK


Bintang Semangat Padi (BSP) Kelas Kedua - Perak adalah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia, yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang. Penganugerahannya yang amat terhad menjadikannya sesuatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin negeri, negara dan pemimpin-pemimpin Pengakap yang telah banyak berjasa.
Antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima BSP kelas kedua ini adalah ketua-ketua negara, negeri dan pemimpin-pemimpin pengakap yang terdiri daripada Duli-Duli Yang Teramat Mulia Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota, atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatankuasa Anugerah, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara, negeri atau pemimpin-pemimpin Pengakap dari kalangan rakyat biasa, seperti YAB Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang terbukti gemilang kebaktian mereka, atau mereka yang setaraf dengannya yang banyak menyumbang kepada pergerakan Pengakap, dengan sokongan Ketua Pengakap Negara. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan, tetapi di atas status Kehormat.


Istilah semangat padi melambangkan cirri-ciri, tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi, di mana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa Melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan asimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ianya telah menjadi hak asli dan jati Negara ini. Dari suatu aspek yang lain pula, kegiatan kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan yang mencerna remaja Pengakap supaya menepati falsafah hidup resmi padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat kepengakapan tempatan.


Bintang semangat padi kelas kedua ini hanya boleh disampaikan oleh ketua Pengakap Negara.



BINTANG SEMANGAT RIMBA (BSR) KELAS PERTAMA - EMAS


Bintang Semangat Rimba (BSR) Kelas Pertama- Emas adalah anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada pergerakan Pengakap.
Dengan penganugerahan yang terhad ini, bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari kalangan individu-individu yang banyak memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, wilayah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara boleh juga diberikan, tetapi di atas status kehormat.


Istilah Semangat Rimba melambangkan cirri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepemimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa Melayu.




BINTANG SEMANGAT RIMBA (BSR) KELAS KEDUA – PERAK


Bintang Semangat Rimba (BSR) Kelas Kedua – Perak adalah anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakap.


Dengan penganugerahan yang terhad ini, bintang ini merupakan suatu yang eksklusif. Justeru itu, penerima yang paling layak adalah dari kalangan individu-individu yang telah memberi sokongan dan sumbangan besar kepada pembangunan kepengakapan, pemimpin-pemimpin Pengakap di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar negara juga diberikan tetapi di atas status kehormat.


Istilah Semangat Rimba melambangkan cirri-ciri tradisi dan unsur-unsur budaya dengan pengabungan latihan, kepemimpinan, kerja kuat, kesetiaan dan keakraban alam semesta serta merupakan teras dan cabaran kepimpinan, hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa Melayu.




PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG (PPC)


Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamirkan tata kelakuan yang terpuji



PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (PPS)


Dianugerah kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan juga individu yang telah memberikan khidmat bakti yang sangat baik, jujur, amanah dan setia tidak kurang dari 10 tahun atau dalam jangka waktu yang lebih pendek di atas pertimbangan Jawatankuasa Anugerah PPM.
Pingat ini boleh juga dianugerahkan kepada isteri atau suami para pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Negeri dan Peringkat Negara melebihi 15 tahun.



PINGAT PERKHIDMATAN BAIK (PPB)


Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan kepada individu seperti Jawatankuasa PPT, Daerah, Negeri dan Negara yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan pergerakan Pengakap di peringkat masing-masing dengan jujur, amanah, setia dan berterusan tidak kurang dari 5 tahun.





PINGAT PERKHIDMATAN LAMA (PPL)


Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik selama tidak kurang dari 20 tahun di peringkat kumpulan, daerah, negeri dan Negara serta mempunyai tingkahlaku dan budi pekerti yang mulia.



SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA (SKKPN)


Dianugerahkan kapada pemimpin-pemimpin bartauliah dan telah memberikan khidmat bakti dengan terpuji dan berterusan selama 3 tahun serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan Jawatankuasa PPT Daerah, Negeri dan orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan Pengakap di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara.

Lelaki Besi

Biler tgk jer poster nih... memang dah tak sabor nak tgk citer ni.... Bapok best citer nih.... citer ni mngisahkan citer perang-perang robot ciptaan manusia. Biler tonton saja filem byk benda menarik yang ader dlm filem ini. Apa yang menarik perhatian aku adalah teknologi yang digunakan... sangat2 giler punya teknologi... susah nak terangkan psal teknologi diorg nih.. tp bagi aku nih terbaik woookkkk...
HAHAHA ni antara watak mnjadi pujaan aku dlm citer nih... diorg nih mmg style kot... so aku nk citer ar skit psal latar belakang diorg nih skit hehehe

Pakcik nih nama dia Robert Downey Jr. mmgg watak Iron Man lah... dia ni CEO kpd company apa ntah lupa dah... Dialah pencipta sut Iron Man nih... kepala hotak dia mmg bijok ar... aku suka time kat mahkamah yg kantoikan project Justin Hammer (Sam Rockwell) hahaha mmg kelakar

Minah ni mmg style kot... aksi dia belasah ramai pengawal kat pejabat Justin Hammer tuh mmg power ar... dah lah HOT, cair beb... btw nama dia Scarlett Johansson mmgg watak Natalie Rushman dan Natasha Romanoff. Dia pandai menyamar dan berlakon.. huhu


Hoooh yg nih devil dlm citer nih... nama dia Mickey Rourke mmgg watak Ivan Vanko. Dia ni pon genius gak dan dia reka gak sut perang dia... dia ader rotan elektrik kot nama nyaaa...

ok lah tuh nk citer psal film nih... kalo blum tgk, g ar tgk haha beeesssstttt!

Thumbs Up !!!

FunFair is UnFair

Pian : HAHAHA korang igt aku takut nek menatang nih... aku tak heran lah... stakat mnde nih apa lah sangat huh
Pian : mmmm... lambat tul lar nak gerak.... cepat lah weeeiii.... dok sabor doh nih... aduyaaiiii lah!!!!

Pian : HAHAHA ni jerk????? laaaahhhh bosan nyeeerrrrr......m


Pian : alaaaahhh stakat pusing jeeer dr td bosan arrrr.........

Pian : Uish.... dah makin tggi hahahah ni yg suka nih... tapi still boring lar bratherrrr......

Pian : Oit..... pesal nih?????
Pian : MAk Aiiiii.....(*^&*&%$#%%$#$^&&^$#@@#%%^&* apa nih woooi $$%^&^$#$%#%*^$$%^$%*^%*&^.........

Pian : aduuuuhhhhh mcm _____ dan ______ jerk

Pian : Arrgghhhh sakitnyeeerrr kepala.....


Pian : Nasihat aku.... JANGAN NAK BERLAGAK OK!!!!