Peminat-Peminat Saya HaHaHaHaHa

POCONG??? atau PONTIANAK???

Shafik ada cakap kat aku yang dia dan kawan-kawan dia nak kejar Hantu kat Kg Pandan (area air port) mula-mula aku taknak join sebab takut lar jugak, sebab aku dah ada pengalaman aku kat Kg Pandan gak... depan mata aku sendiri so aku dah taknak kesana.... tapi hati aku tergerak nak jgak join. Pada malam hari jumaat 23/10/09 kami semua berkumpul di rumah gadis di IM5. kami bergerak pada jam lebih kurang 3 pagi!!! kami pergi dengan 2 kereta dan aku orang paling tua kat situ so kene lar jaga budak-budak nih...sebelum bertolak aku ada tanya mereka betul ke korang nak pergi dan mereka dengan yakin "YUP, KITORANG NAK PERGI" so aku takleh nak kata apa pergi jelar... lama jugak aku tak masuk ke Kg Pandan so ada lar sikit perubahan kat situ... so kami teruskan perjalanan kami ke Kg Pandan. secara tiba-tiba kereta satu lagi bagi isyarat lampu tinggi kat kereta aku, so aku berhenti dan suruh Shafik tanya diorang kenapa, dan diorang nak ader sorang org tua dalam kete diorng sebagai pelindung tuk diorang... tapi Shafik tak bagi so mereka dengan muka redha ikut aja kata Shafik kami masuk makin kedalam dan berhenti kat jambatan yang ada kat kampung pandan tuuh.. kami buat keputusan untuk turun kat situ dan merasai suasana malam kat jambatab yang ada dalam hutan Kg. Pandan. masa tuh rasa gak keseraman tuuh... aku intai lar jugak kat sungai tuuh... kat bawah jambatan... dan tengok-tengok dalam hutan. Shafik pulak sibuk mengambil gambar kitorang secara spontan... hampir 5 minit kami lepak situ kami pun bla dari situ dan terus ke Shell sebab aku sakit perut huhuhu... masa aku melabur saham Shafik pun bukak lar gambar yang dia amik tuh dan Shafik terperasan satu gamba yang..... so kat sini kami nak kongsi ngan u all apa yang ada dalam gambar tuh...

Ini gamba yang Shafik amik... anak panah tunjuk benda tuuh...

Ini gambar selepas aku brightnes so tengak lar sendiri

Kat sini aku bukan nak buat citer atau apa ini yang berlaku pada malam itu, kalo korang nak cakap fotoshop ke apa, suka hati korang k... aku cuma nak berkongsi dengan korang, bukan nak bangga ke apa cuma ingin berkongsi sahaja.

4 Comments:

  1. Unknown said...
    da xder keje..dah kalau memang niat nak p jumpa ngn dia, sah2 dia akan muncul, at lest ko dapat tahu dia camana kan....

    kalau x cuba x tahu, huhu.....happy n enjoy k....so lps ni ko ley masuk seekers la ye....t aku rekemen kan hehe....
    Farah Adlina said...
    woahhh . serammmmmmm .
    Anonymous said...
    paroknye......tp abg pian blh jadikan ini sebagai pengalaman!
    peeehhhh...seramyer!!!
    fajwen said...
    haha, sial je kott :)
    seram aku bace blog kau!!!

Post a Comment