Peminat-Peminat Saya HaHaHaHaHa

3 Tips Luahkan Cinta !!!

  • Senantiasa Peka
    • Setiap luahan yang ingin dibuat mestilah diteliti terlebih dahulu timingnya! Dalam erti kata lain, untuk meluahkan perasaan, dinasihati supaya memerhati agar orang yang nak diluahkan itu tidak demam, sakit lutut, sakit gigi, sakit belakang, tengah tergesa gesa hendak membuang dan jugak apa apa yang sedang bermain dengan mindanya. Errr.. Senang cerita kan, orang yang hendak diluah itu mesti relax, tenang setenang air dikali dan jugak air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya! Har har har Harchummm !

  • Outfit Yang Umphhh
    • Luahan perasaan cinta amat bersangkut rapat dengan outfit ! Seriusss.. Try la korang pakai singlet dengan seluar yankee untuk occasion penting camni ! Tak ke orang yang ingin diluahkan itu melarikan diri secara berguling guling tanpa henti? Hehe.. Sebaiknya, pakai simple je pun dah memadai. Yang penting jangan berlebihan dan tidak la pulak berkurangan woo ! Betul tak Mak Bedah? :P

  • Cipta Kelainan
    • Bunga, cincin dan jugak teddy bear ! Kemon laaaa ! Tu dah ramai orang buat kan? Time propose, mesti tiga benda ni muncul bagaikan embun pagi disinari matahari ! Hehe.. Memang la suweeettt ! Tapi sesekali, cipta kelainan yang boleh dikenang sampai bila bila. Contohnya,letak kad bertulis I Lap U dekat atas badan biawak ke, buat lilitan cincin menggunakan bihun ke, ataupun membuat unggun api berbentuk hati menggunakan batang mancis. Tak ke romantik gituuu ! Hehe..

2 Comments:

  1. rieka sakri said...
    ko pnh try ke pian?menjadik x??ahahah
    utada hikura said...
    giler la pian....klu ko wat nie...msti cair la awek yg ko minat tu....seeelooopppp..la...:)

Post a Comment